Wan Azizah kongsi gambar bersama Siti Hasmah

 |Feb 13, 2017
Gambar kredit Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Gambar kredit Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkongsi beberapa keping gambar yang pada satu ketika dahulu, mungkin ramai tidak sangka boleh berlaku.

Di dalam perkongsiannya itu, Wan Azizah kelihatan mesra di samping isteri bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Siti Hasmah Mohd Ali.

“Temuramah bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk Majalah Keluarga di Kuala Lumpur hari ini,” tulis Wan Azizah di laman Facebooknya.

Tambahnya lagi, beliau berkongsi suka duka membesarkan anak-anak tatkala suaminya, bekas ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan.

“Juga ada tips-tips buat para ibu dan isteri,” katanya.

Pada tahun lalu, sudah terdapat beberapa pertemuan di antara kedua mereka yang sebelum ini mungkin jarang bertemu akibat dari isu yang memisahkan Mahathir dan Anwar.

Siti Hasmah pada tahun 2016 ada membuat kunjungan bertemu Wan Azizah, dan mereka berdua juga bertemu di Konvensyen Pakatan Harapan.