Tolak DAP pada PRU14

Jan 13, 2017
Haron Din.
Haron Din.

Semua pengundi di negara ini sudah sampai masanya untuk menolak pembangkang secara keseluruhan kerana penyokong dan para pemimpin mereka sudah terbukti biadab tahun demi tahun kepada semua pihak.

Paling teruk para penyokong mereka menunjukkan sikap kurang ajar kepada beberapa pemimpin yang telah kembali ke rahmatullah meninggal dunia sebelum ini dengan pelbagai kata kejian di Facebook.

Sebelum ini, Allahyarham Mursyidul Am PAS, Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat dikritik serta dihina oleh mereka tanpa ada rasa malu dan meghormati kematian.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore di California.

Mereka menjadikan media sosial sebagai medan menabur kebencian sampai tahap kematian yang menyedihkan pun tidak dihiraukan oleh mereka.

Jeff Ooi.
Jeff Ooi.

Ahli Parlimen DAP-Jelutong Jeff Ooi merupakan antara pemimpin tahap wakil rakyat DAP yang sanggup menghina dan mengeji kematian seseorang.

Sebelum itu, ketika bekas Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia juga mereka mengeji dan menghina kematian beliau.

Bagi mereka, dendam dan rasa iri hati dalam politik dibawa sampai ke masa kematian dan ketika itu Allahyarham akan dihina dan dikata macam-macam oleh mereka.

Kali ini, mereka penyokong DAP menghina pula kematian Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem yang meninggal dunia pada pukul 1.20 tengah hari semalam di Kota Samarahan.

Para netizen turut bengang dengan perbuatan mereka khususnya rakyat negeri Bumi Kenyalang yang begitu sedih dan terharu pemergian ketua menteri mereka.

Atas sebab inilah pengundi perlu menolak daripada mengundi calon pembangkang terutamanya dari DAP kerana mereka tidak pernah insaf dan akan meneruskan kelakuan kurang ajar ini.

Selepas ini entah kematian siapa pula akan mereka hina dan keji.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pengundi harus menghukum DAP dengan tidak memilih mereka.

Mereka tidak layak diberikan mandat sebagai wakil rakyat kerana wakil rakyat memberikan jasa dan bukan melakukan perkara yang tidak beretika.

Sudah lah mereka berpolitik 24 jam, tidak ada masa satu pun mereka berhenti berpolitik dan memberikan fokus kepada pembangunan rakyat.Malaysia Today

SHARE