Tiga rakyat Malaysia sertai IS terbunuh di Syria

 |Jan 16, 2017
Gambar fail kredit Wikimedia Commons.
Gambar fail kredit Wikimedia Commons.

Bekas pemimpin Mujahiddin Malaysia, Zainuri Kamarudin, 50, yang menyertai kumpulan militan di Syria, adalah antara 3 rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di negara bergolak itu, Jumaat lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Berdasarkan maklumat risikan kami mengesahkan perkara berkenaan,” katanya.

Selain Zainuri atau bergelar Abu Talha, 2 lain yang maut adalah Sazrizal Mohd Sofian Thayalan, 27, dan Ahmad Asyraf Arbee Ahmad Jamal Arbee, 31.

Mereka berlepas ke Syria pada April 2014, katanya lagi.

Difahamkan, 3 rakyat Malaysia itu terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di Raqqah. – Bernama

SHARE