Tanpa PAS, Pakatan Harapan panik

Apr 11, 2017
Pakatan Harapan merasa terkesan dengan ketiadaan PAS.

Tanpa PAS, parti-parti Pakatan Harapan akan hadapi masalah dalam pilihanraya umum nanti, terutamanya PKR.

DAP pun akan terkesan tanpa sokongan PAS.

Tetapi, antara PKR dan DAP, PKR lah yang akan paling terkesan apabila PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Walaupun PAS belum membuat keputusan rasmi untuk memutuskan hubungan dengan PKR, namun pendirian PAS mutakhir ini jelas ke arah memutuskan hubungan dengan semua parti yang bersekutu dengan DAP dan Amanah.

PKR merupakan salah satu parti tersebut.

Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli tentunya sudah boleh merasakan akibat yang berkemungkinan terhasil sekiranya PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.

Ini yang sebabnya Rafizi melakukan serangan terkini terhadap pimpinan PAS.

Matlamat Rafizi supaya kredibiliti pimpinan PAS musnah dan sekaligus mengurangkan sokongan terhadap PAS sekiranya berlaku pertandingan tiga-penjuru melibatkan PKR-PAS-Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang (PRU14).

Pembentangan RUU 355 oleh Hadi Awang juga turut memerangkap PKR dan ini tentunya tidak disenangi oleh fraksi Rafizi dalam PKR yang menampakkan pendirian tidak selari dengan ketua umum PKR Anwar Ibrahim.

Amanah dan Parti Pribumi akan pertama kali bertanding dalam PRU14.

Amanah adalah sepihan PAS manakala Pribumi adalah serpihan Umno.

PKR, DAP, Amanah, dan mungkin juga Pribumi akan memperhebatkan serangan terhadap PAS yang dilihat mesra BN-Umno mutakhir ini.

Apatah lagi, perancangan mereka untuk singkir Hadi tidak berjaya apabila beliau mempertahankan jawatan presiden PAS tanpa bertanding.

Azizi Safar
Penganalisis  Politik