Tabung Haji umum bonus 5.75 peratus

 |Feb 3, 2017
Gambar fail Wikipedia.
Gambar fail Wikipedia.

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit, merangkumi 4.25% bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5% kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom hari ini berkata, ia melibatkan pembayaran sebanyak RM2.88 bilion.

Untuk rekod, TH mengumumkan 5% bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji pada tahun kewangan 2015, berjumlah RM3.24 bilion.

SHARE