Surat dari ‘Saifuddin Nasutton’ palsu

 |Jan 15, 2017
PKR nafi mengeluarkan surat ini.
PKR nafi mengeluarkan surat ini.

PKR menafikan pihaknya mengeluarkan surat rasmi meminta ahli parti tersebut menghadirkan diri di acara perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang berlangsung malam tadi.

Surat itu yang muncul di laman media sosial serta applikasi sembang WhatsApp ditandangani ‘Saifuddin Nasutton Ismail’ selaku setiausaha agung PKR.

Malaysiakini di dalam laporannya semalam memetik pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil sebagai berkata pihak pejabat setiausaha agung parti itu tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian.

“Harap ambil maklum terdapat satu surat palsu yang sedang dikongsi,” Fahmi berkata.

Surat tersebut yang lengkap bersama logo PKR mengerahkan ahlinya di Selangor untuk menghantar sekurang-kurangnya dua bas bagi tujuan menghadiri perasmian Pribumi yang dibuat di Stadium Malawati Shah alam malam tadi.

“Di Selangor, adalah diwajibkan menghantar minimum 2 buah bas dan akan diberikan token sejumlah RM100 setiap orang.

“Sesiapa yang ingkar akan disenarai hitam dan akan dihalang mendapat elaun bulanan JKKK,” antara isi kandungan surat tersebut.

Pelancaran Pribumi malam tadi disempurnakan pengerusinya Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia.

SHARE