SPRM sahkan penahanan KSU berpangkat ‘Datuk’

Jan 4, 2017
Gambar fail kredit Facebook SPRM.
Gambar fail kredit Facebook SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang ketua setiausaha (KSU) berpangkat ‘Datuk’ pagi tadi.

Terdahulu, beberapa media telah melaporkan seorang KSU kementerian berusia 59 tahun ditahan kerana disyaki terlibat rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Azam Baki di dalam satu kenyataan berkata KSU terbabit dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

SPRM juga telah merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.

Azam turut memaklumkan penahanan seorang lagi individu berusia 29 tahun yang dipercayai ‘berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit’.

“Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi hari ini,” tambahnya lagi.

SHARE