Skandal hartanah: Dua beranak dibebaskan dengan jaminan

 |Apr 17, 2017
Khor Teng Tong, 73 (kiri) dan anaknya Khor Siang Gin dibebaskan hari ini dengan jaminan sebanyak RM100,000.

Penasihat Hunza Properties Berhad, Khor Teng Tong, 73 dan anaknya Khor Siang Gin, 47 yang berdepan siasatan berhubung salahguna kuasa dan kedudukan dibebaskan dengan jaminan RM100,000 pagi ini.

Perintah tersebut dikeluarkan Pendaftar Tertinggi Mahkamah Sesyen Negeri, Ahmad Tajudin Md. Zain di sebuah hospital swasta kira-kira 10.45 pagi ini.

Kedua-dua beranak tersebut itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan tanah milik anak syarikat Yayasan Bumiputera Pulau Pinang (YBPP) Berhad tanpa melalui tatacara yang ditetapkan.

Teng Tong itu dimasukan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami tekanan darah tinggi sejak Jumaat lalu.

Syarikat hartanah tersebut yang berpengkalan di George Town dipercayai memperoleh beberapa projek berstatus mega sekitar negeri ini termasuk di Tanjung Bungah dan Kepala Batas.

Penahanan tersebut adalah rentetan daripada penahanan salah seorang pemegang amanah yayasan tersebut beberapa minggu lalu.

Mereka disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

SHARE
John Albert - MO correspondence.