Shahrir Samad pengerusi baru Felda

Jan 6, 2017
Gambar kredit Facebook Friends of Umno Johor.
Gambar kredit Facebook Friends of Umno Johor.

Shahrir Abdul Samad telah dinamakan sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan agensi itu.

Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru menggantikan Mohd Isa Abdul Samad yang perkhidmatannya sudah tamat tempoh.

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri Najib Razak di dalam satu kenyataan berkata di bawah penstrukturan semula, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka dan perniagaan Felda.

Mohd Isa pula akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. – Bernama.

SHARE