Selva Kumar tiba di Malaysia

 |Feb 7, 2017
Selva Kumar Subbiah - Gambar fail kredit Toronto Star / Steve Russell.
Selva Kumar Subbiah – Gambar fail kredit Toronto Star / Steve Russell.

Selva Kumar Subbiah, rakyat Malaysia yang dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan jenayah seks dan peras ugut tiba di Malaysia hari ini.

Portal berita Free Malaysia Today melaporkan Selva Kumar yang diiringi tiga polis Kanada disambut abangnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut seorang yang rapat dengan ahli keluarga Selva Kumar, Selva Kumar akan berada di Kuala Lumpur dan bukan pulang ke Pulau Pinang, lapor Free Malaysia Today.

Bekas banduan itu dihantar pulang oleh Kanada setelah dia tamat menjalani hukuman penjara di sana.

Media Kanada sebelum ini melaporkan Selva Kumar dianggap berisiko tinggi dan dikatakan masih belum berubah.

Semenjak berita kepulangannya dilaporkan, ia telah mengundang pelbagai reaksi, dengan beberapa pihak menggesa usaha Malaysia untuk mengadakan daftar penjenayah seks disegerakan.

SHARE