Sekiranya saya bertanding, saya akan sertai parti pembangkang, kata Zaid Ibrahim

 |Jan 3, 2017
Sekiranya beliau bertanding di pilihanraya akan datang, Zaid Ibrahim berkata beliau akan menyertai parti pembangkang. - Gambar fail kredit Facebook Zaid Ibrahim.
Sekiranya beliau bertanding di pilihanraya akan datang, Zaid Ibrahim berkata beliau akan menyertai parti pembangkang. – Gambar fail kredit Facebook Zaid Ibrahim.

Ahli politik dan peguam Zaid Ibrahim mempunyai perancangan untuk bertanding di dalam pilihanraya akan datang, katanya kepada Malaysia Outlook hari ini.

“Sekiranya saya bertanding, saya akan menyertai parti pembangkang,” kata Zaid yang turut memberitahu beliau sudah memnerima tawaran dari mereka, namun tidak memberitahu parti mana.

“Saya percaya negara ini perlukan pemimpin yang jujur, sistem yang adil dan menyatukan rakyat, dan bukannya membelah bahagikan mereka,” katanya lagi.

“Kita perlukan polisi yang akan membuat rakyat rasa selamat dan tidak dibuli oleh mereka yang berkuasa,” menurut Zaid, sambil berkata beliau mampu menyumbang lebih dari pemimpin sedia ada.

Mengenai latar belakang politiknya yang menyaksikan beliau menganggotai beberapa parti, Zaid berkata beliau mempunyai sejarah yang baik di dalam bidang ini.

“Tidak benar saya lompat banyak parti. Saya dibuang dari Umno. Saya cuma tinggalkan PKR. Itu hanya sekali. Tun M pun keluar dari Umno dua kali,” katanya, merujuk kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

“Saya putuskan untuk tidak teruskan dengan parti saya sendiri Kita atas sebab kewangan. Adalah lebih baik saya sertai parti yang sedia ada untuk bertanding di dalam pilihanraya.”

Di dalam perkembangan berkaitan, Zaid hari ini telah mengadakan sidang media forum ‘Melayu Badut, Melayu Wawasan’ di Skudai, Johor.

Forum tersebut akan berlangsung pada 7 Januari dengan tujuan merangsang rakyat Malaysia, terutama yang berbangsa Melayu untuk mempertimbangkan beberapa isu berbangkit secara serius dan segera.

Antara isu disebut beliau adalah dakwaan bahawa Perdana Menteri Najib Razak bertanggungjawab di atas kehilangan berbilion-bilion duit pembayar-pembayar cukainya.

Di dalam kenyataan di laman blognya, Zaid berkata adalah diharapkan supaya forum itu nanti dapat ‘menekankan kepada pengundi-pengundi bahawa pilihanraya umum yang akan datang nanti merupakan peluang terakhir untuk kita semua.’

“Ianya akan menjadi peluang terakhir untuk menebus kembali nama baik kita yang telah tergadai, dan menunjukkan kepada dunia bahawa kita mengambil berat tentang negara ini.”

Kerjaya Zaid di dalam bidang politik sebelum ini menyaksikan beliau menyandang kerusi Parlimen Kota Bharu di bawah tiket Umno pada tahun 2004 hingga 2008.

Semasa bersama Umno, beliau turut menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Namun beliau dipecat dari Umno kerana tindakannya menghadiri beberapa acara dianjurkan parti Pembangkang.

Pada tahun 2009, Zaid menyertai PKR namun meninggalkan parti tersebut pada tahun 2010 kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Beliau menyertai parti Akim yang kemudiannya ditukar nama kepada Kita. Pada tahun 2012, Zaid meletakkan jawatan di dalam Kita dan sejak itu beliau aktif menyuarakan pendapatnya mengenai keadaan politik di Malaysia, namun masih tidak menyertai mana-mana parti lain.

SHARE
Farah Harith has been in the media industry since 2008. Her field of work has been predominantly centred on politics and human interest. She joined the industry to have a better grasp on the issues plaguing the masses.