Satu kehilangan tragis bagi Malaysia

 |Jan 12, 2017
Gambar kredit Facebook Adenan Satem.
Gambar kredit Facebook Adenan Satem.

Aktivis sosial Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem sebagai satu kehilangan tragis bagi Malaysia.

Menulis di laman Facebooknya, beliau berkata, “Perginya Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem ialah kehilangan tragis bukan sahaja bagi Sarawak tetapi bagi Malaysia, secara keseluruhannya.”

Tunku Abdul Aziz berkata rakyat kini berkabung di atas kehilangan seorang pemimpin yang semasa hayatnya mempunyai potensi yang hebat.

Adenan meninggal dunia tengahari semalam di Pusat Jantung Hospital Umum Samarahan akibat komplikasi jantung.

Beliau berusia 72 tahun dan meninggalkan isteri Jamilah Anu serta lima orang anak.

Jenazahnya dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Samariang.