Sanjeevan bebas tuduhan cubaan pemerasan

 |Apr 25, 2017

 

Gambar fail Wikimedia.

Mahkamah Majistret Kajang hari ini melepaskan dan membebaskan pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan daripada pertuduhan hendak melakukan pemerasan bagi tujuan seorang ahli perniagaan menyerahkan RM20,000 kepadanya.

Star Online melaporkan pihak pendakwaraya memohon Sanjeevan dilepaskan tanpa dibebaskan atas sebab pihak pengadu menarik balik tuduhan terhadap Sanjeevan.

S. Preakas, peguam Sanjeevan memohon anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan kerana pihak pendakwa gagal memberi sebab mengapa tuduhan perlu dikekalkan.

Sanjeevan dituduh hendak melakukan pemerasan supaya ahli perniagaan Ong Lam Chin menyerahkan RM20,000 kepadanya di sebuah restoran di Taman TTDI Kajang pada jam 8 malam, 23 Mei tahun lepas.

SHARE