Polis tahan individu bantu siasatan ‘kempen’ sembur cat wanita berpakaian seksi

 |Jan 27, 2017
Gambar diperolehi dari laman Facebook yang mengugut untuk menyembur cat ke atas wanita Hindu berpakaian seksi di sambutan Thaipusam akan datang.
Gambar diperolehi dari laman Facebook yang mengugut untuk menyembur cat ke atas wanita Hindu berpakaian seksi di sambutan Thaipusam akan datang.

Seorang suspek berusia 29 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan terhadap laman Facebook yang memberi amaran kepada wanita Hindu untuk tidak berpakaian seksi semasa sambutan Thaipusam bulan depan.

Menurut laporan New Straits Times, ketua Polis Selangor Abdul Samah Mat, suspek dipercayai merupakan pemilik akaun Facebook yang telah memuatnaik amaran tersebut.

Kecoh sebelum ini apabila satu laman Facebook muncul di mana ia memberi amaran terhadap wanita yang akan menghadiri sambutan Thaipusam untuk tidak berpakaian seksi, dan jika masih berbuat demikian, mereka akan disembur dengan cat aerosol.

Menamakan ‘kempen’ di Facebook itu sebagai ‘Thaipusam Spraying Group’, seorang individu menulis di laman tersebut, “Amaran awal bagi wanita beragama Hindu yang bakal datang ke festival Thaipusam, berhati-hati anda akan disembur cat aerosol jika didapati memakai pakaian menjolok mata.”

Abdul Samah berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan untuk ugutan jenayah.

Artikel berkaitan:

Polis cari individu di sebalik ‘kempen’ sembur cat wanita berpakaian seksi

SHARE