PM Najib lancar program ‘Eksperasi Rakyat’ di Dataran Putrajaya

Mar 18, 2017
File pic.

Perdana Menteri Najib Razak melancarkan program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya hari ini.

Turut serta menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak.

Program Ekspresi Negaraku menjadi platform pertama untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta negara dalam setiap jiwa Malaysia.

Najib dalam catatan blog beliau sebelum ini berkata inisiatif ‘Negaraku’ bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya. – Bernama  

SHARE