PM lawat Abdul Hadi di IJN

 |May 18, 2017
Gambar fail kredit Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini meluangkan masa melawat ​​​​​​Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Selasa.

Perdana Menteri yang meluangkan masa selama 15 minit turut bertemu dengan keluarga Abdul Hadi dan doktor yang merawat Anggota Parlimen Marang itu.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan.

“Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” kata Najib di laman Twitter dan Facebook beliau.

IJN dalam kenyataan Isnin  lepas berkata Abdul Hadi menjalani pembedahan penggantian injap jantung selepas didapati mengalami peningkatan simptom disebabkan injap jantung bocor yang menjejaskan aktiviti harian beliau. – Bernama