Perkasa ingatkan SPRM supaya tidak ‘pilih bulu’

 |Jan 5, 2017
Perkasa menyokong kenyataan Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad yang telah memberi komitmen untuk mendedahkan kes rasuah yang melibatkan penjawat awam serta individu di dalam syarikat milik kerajaan dengan membuat dakwaan dan tangkapan setiap minggu. - Gambar kredit Facebook Jais Abdul Karim.
Perkasa menyokong kenyataan Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad yang telah memberi komitmen untuk mendedahkan kes rasuah yang melibatkan penjawat awam serta individu di dalam syarikat milik kerajaan dengan membuat dakwaan dan tangkapan setiap minggu. – Gambar kredit Facebook Jais Abdul Karim.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi ingatan tegas kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung kes rasuah tanpa ‘pilih bulu’.

Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Perkasa Jais Abdul Karim berkata tiada istilah pilih bulu dalam tindakan menyiasat, mendakwa dan membuat tangkapan terhadap ahli politik yang bertaraf menteri, timbalan menteri dan pegawai mereka di setiap kementerian yang terlibat dengan kes rasuah.

“Perkasa mendesak agar SPRM mempercepatkan proses siasatan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat awam terhadap kemampuan SPRM mengendalikna kes-kes rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Jais juga menyatakan sokongan terhadap kenyataan dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad yang telah memberi komitmen untuk mendedahkan kes rasuah yang melibatkan penjawat awam serta individu di dalam syarikat milik kerajaan dengan membuat dakwaan dan tangkapan setiap minggu.

Terbaru, SPRM pada hari ini memohon perintah reman terhadap seorang ketua setiausaha kementerian yang ditangkap dirumahnya semalam untuk siasatan bagi kes rasuah.

Turut ditahan dua orang anak lelaki KSU tersebut.

Mengenai usaha SPRM memerangi rasuah, Jais berkata suruhanjaya itu perlu memperhebat teknik dan kaedah penyiasatan bagi memastikan perasuah tidak dapat memanipulasi dan menghapuskan bahan bukti.

“Kaedah sekarang dikatakan agak ketinggalan zaman dan tidak efisien,” tambahnya yang berkata mereka memahami SPRM juga menghadapi kekangan kekurangan pegawai penyiasat.

Jais berpendapat masalah tersebut dapat diatasi dengan memperbaharui teknik dan kaedah penyiasatan yang terkini yang dipercayai dapat meningkatkan kualiti serta kuantiti penyiasatan kes rasuah.

Turut sependapat dengan Jais dalam menyambut baik inisiatif SPRM ialah Ketua Wiranita Perkasa Selangor Aniza Anuar.

“Kami memuji tindakan agresif SPRM dalam menangani isu rasuah yang telah menjadi barah dan perkara terhangat dewasa ini,” kata Aniza.

Walaubagaimanapun Aniza berkata SPRM harus bersikap lebih adil dan professional dan tidak sekadar memberi tumpuan kepada penjawat awan, badan-badan berkanun, semi-kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan sahaja.

Beliau menggesa tumpuan turut diberikan kepada mereka yang terlibat di dalam politik serta swasta.

“Apa jua tindakan yang dibuat haruslah telus dan menggalas amanah sumpah setia ketika memegang jawatan yang disandang sebaik mungkin.

“Rakyat berbesar hati sekiranya perkara ini dibuat secara berterusan dan tindakan undang-undang terus diambil secepat mungkin,” kata Aniza.

Dalam perkembangan berkaitan, Jais berkata Perkasa komited untuk bersama-sama SPRM dalam usaha memerangi dan membanteras rasuah di dalam negara.

Artikel berkaitan:

KSU kementerian direman 7 hari

SPRM sahkan penahanan KSU berpangkat ‘Datuk’

‘Datuk’ KSU dicekup SPRM

SHARE
Farah Harith has been in the media industry since 2008. Her field of work has been predominantly centred on politics and human interest. She joined the industry to have a better grasp on the issues plaguing the masses.