Perkasa anjur kempen tukar profail FB

Jan 6, 2017
Gambar kredit Perkasa.
Gambar kredit Perkasa.

Susulan tindakan agresif dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi gejala rasuah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan melancarkan kempen tukar profail Facebook untuk sehari.

Kempen ini dianjurkan Biro Integriti dan Anti Rasuah Perkasa.

Menurut pengerusinya Jais Abdul Karim, tujuan kempen tersebut adalah supaya kerajaan dapat melihat dengan jelas pendirian rakyat Malaysia yang benci rasuah dan bangkit untuk bekerjasama memerangi gejala itu.

Presiden Perkasa Ibrahim Ali turut menggesa rakyat Malaysia untuk bangkit menentang rasuah.

“Ayoh semua bangkit tentang perasuah habis-habisan demi rakyat dan negara,” katanya.

Kempen tukar profail Facebook ini akan dilaksanakan pada 8 Januari depan.