Pelakon Wafa Abd Kadir difahamkan tidak sihat, alami kanser usus

 |Jan 28, 2017
Gambar fail kredit Harian Metro.
Gambar fail kredit Harian Metro.

Pelakon Wafa Abd Kadir difahamkan mengalami kanser usus.

Perkara ini dimaklumkan pelakon Sheila Mambo melalui Instagram.

Pelakon Betty Banafe juga turut berkongsi maklumat tersebut di Instagram miliknya, dengan menulis: “Be strong kak long. Besar betul CintaNYA padamu. Be strong and positive.”

Menurut tulisan asal Sheila, beliau memohon sahabat-sahabat seni serta rakan taulan mendoakan Wafa yang sedang kritikal kerana kanser usus.

Namun muatnaik tersebut tidak ditemui dan dipercayai telah diganti dengan maklumat terbaru.

“Wafa dikabarkan telah pulang ke rumah untuk berehat setelah menjalani kimoterapi dan akan kembali melanjutkan rawatannya selepas raya Cina. Syafakillah,” kata Sheila.

Pada tahun 2014, Wafa pernah menjalani pembedahan membetulkan tulang lehernya.

Ini adalah kerana kesan dari kemalangan dialami beliau pada tahun 2012.

Wafa dikenali menerusi filem seperti Azizah the Legend dan juga drama Gerak Khas.

Beliau merupakan isteri kepada jurutera Tajul Tamimuddin dan adalah anak kepada bekas mufti Wilayah Persekutuan Abdul Kadir Taib.

SHARE