Pelakon veteran India Om Puri meninggal dunia

Jan 6, 2017
Pelakon Om Puri meninggal dunia setelah dikatakan mengalami serangan jantung. - Gambar fail kredit Youtube Screen Slam.
Pelakon Om Puri meninggal dunia setelah dikatakan mengalami serangan jantung. – Gambar fail kredit Youtube Screen Slam.

Pelakon veteran India Om Puri, 66, meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Menurut laporan BBC, Om dikatakan mengalami serangan jantung di rumahnya di Mumbai.

Di laman Twitter, Perdana Menteri India Narendra Modi turut menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian pelakon terkenal itu.

Barisan pelakon terkenal di India juga melahirkan kesedihan mereka di atas apa yang terjadi.

Pelakon Anupam Kher, menerusi akaun Twitternya @AnupamPkher berkata beliau telah mengenali Om selama 43 tahun.

“Pada saya, beliau akan sentiasa menjadi seorang pelakon yang hebat, seorang yang baik hati dan pemurah. Itulah yang patut dunia kenang apabila mengingati beliau,” kata Anupam.

(I have known Om Puri for the last 43 years. For me he’l always be a great actor, a kind and generous man. And that is how the world should remember him).

Pelakon Kamal Hassan pula berkata Om ‘tidak mati’ tetapi terus hidup menerusi karya-karyanya.

(So long Omji. Prided myself on being his friend, peer and admirer. Who dare say my Om Puri is no more? He lives through his work).

Om dilahirkan di Ambala, Punjab di India pada tahun 1950. Sepanjang kareer seni beliau, Om turut menempa nama di pentas antarabangsa.

Antara filem antarabangsa dibintangi beliau ialah The Hundred Foot Journey di samping Helen Mirren, serta filem Gandhi bersama Ben Kingsley dan Candice Bergen.