Memo penjaja kepada kerajaan Pulau Pinang

 |Apr 5, 2017
Penjaja-penjaja bidas kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana tidak prihatin terhadap masalah mereka.

Kira-kira 30 penjaja mengadakan demonstrasi aman dan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.

Demontrasi aman itu bertujuan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang gagal memahami rintihan peniaga-peniaga di Pulau Pinang.

Memorandum memohon kerajaan negeri membantu mereka diserahkan kepada seorang pegawai pembantu di pejabat ketua menteri di perkarangan Komtar, George Town pagi tadi.

Jurucakap mereka, Lai Kong Hooi berkata, sikap pemimpin yang menaburkan pelbagai janji sebelum pilihanraya boleh diumpamakan sebagai “mimpi indah dari rupa”.

“Kita ingat lagi, dulu sebelum pilihanraya, DAP ada cakap Pulau Pinang akan jadi negeri kebajikan.Tapi salah.

“Bukan sahaja orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri, kami 95% peniaga Cina di Jalan Kuala Kangsar juga menjadi mangsa.

“Mana pergi janji DAP sebagai negeri kebajikan. Orang atas seolah–olah lupa kewujudan kami,” kata Kong Hooi sewaktu demosntrasi aman itu.

Ia berlaku selepas kerajaan negeri terus berkeras supaya peniaga- peniaga ini dipindahkan ke pasar Chowrasta walaupun ia tidak dipersetujui mereka.

Terdapat kira-kira 70 penjaja tepi jalan di Jalan Kuala Kangsar, berdekatan Komtar.

Walaupun sebelum in kerajaan negeri pimpinan Guan Eng berhasrat membantu golongan ini, namun peniaga di sini bagaikan tertipu dengan janji kerajaan negeri dan tidak akan melepaskan lot perniagaan yang diusahakan hampir 40 tahun.

“Orang DAP boleh janji macam-macam, tapi sekarang tengoklah sendiri.

“Berniaga bukan senang, tapi suruh kami ke tempat lain, bukan idea bernas.

“Harap pihak kerajaaan negeri boleh faham beban kami” tambah Kong Hooi lagi.

SHARE
John Albert - MO correspondence.