Malaysia, Perancis bincangkan jet pejuang Rafale

 |Mar 28, 2017
Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Perancis Francois Hollande. – Gambar kredit Facebook PMO Malaysia / Najib Razak.

Isu jet pejuang Rafale Perancis dibangkitkan dalam perbincangan Malaysia dan Perancis di pusat pentadbiran negara di sini, hari ini.

Perdana Menteri Najib Razak berkata Malaysia mengkaji kemungkinan menjalinkan perjanjian dengan Perancis tetapi ia belum bersedia membuat sebarang keputusan.

“Kami mengambil perhatian tentang kejayaan (Rafale) anda di beberapa negara dan kemungkinan pesawat sedemikian menjadi subjek kerjasama dengan negara-negara berkenaan juga,” katanya dalam sidang berita bersama Presiden Perancis Francois Hollande di sini, hari ini.

Hollande tiba semalam untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia.

Hollande berkata Perancis akan memberikan sokongan sewajarnya kepada Malaysia berhubung dengan jet Rafale, yang dihasilkan oleh Dassault Aviation SA.

“Saya tahu anda akan membuat keputusan dan berdasarkan itu, kami ingin memberikan sokongan yang sewajarnya.

“Menteri-menteri kita sudah pun berusaha bagi tujuan itu, apa yang ingin saya nyatakan adalah Rafale merupakan jet terbaik dalam kategorinya. Kami cadangkan supaya dibincangkan harga dan spesifikasinya,” kata beliau menerusi seorang penterjemah. – Bernama