Lelaki putus kaki kanan diserang ‘Bujang Lapok’

 |Feb 21, 2017
Gambar fail kredit sabah.attractionsinmalaysia.com.
Gambar fail kredit sabah.attractionsinmalaysia.com.

Seorang lelaki berusia 35 tahun cedera apabila diserang seekor buaya yang diberi nama Bujang Lapok.

Menurut laporan The Star Online, kejadian berlaku semasa lelaki tersebut sedang memberi makan kepada buaya berusia 60 tahun itu di sebuah taman buaya di Sandakan.

Laporan turut menyatakan lelaki tersebut merupakan pekerja sambilan di taman buaya itu.

Agensi Berita Nasional Bernama memetik Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin sebagai berkata, lelaki itu dipercayai menggosok hidung buaya selepas memberi makan.

Buaya itu kemudiannya bertindak membaham lelaki tersebut dan hanya melepaskannya setelah dihalau pekerja lain.

Azhar berkata, di dalam kejadian yang berlaku di Taman Buaya Batu 8 Sandakan itu, mangsa putus kaki kanan sehingga paras lutut dan tangan kanannya hingga ke siku juga hancur.

Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

SHARE