KSU kementerian direman 7 hari

Jan 5, 2017
Seorang KSU kementerian direman 7 hari. - Gambar kredit Twitter @bernamadotcom
Seorang KSU kementerian direman 7 hari. – Gambar kredit Twitter @bernamadotcom

Seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian dan dua anak lelakinya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kuasa, jawatan dan kedudukan untuk menerima rasuah.

Bernama melaporkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU berumur 59 tahun dan bergelar ‘Datuk’ itu bermula hari ini sehingga 11 Jan.

KSU itu yang ditahan SPRM di kediamannya di USJ, Subang pagi semalam, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Putrajaya memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan telah menutup mukanya dengan baju kemeja jalur.

Dua orang anaknya yang berumur 29 dan 34 ditahan semasa diambil keterangan di ibu Pejabat SPRM. – Bernama

SHARE