KKLW beri jaminan untuk bekerjasama dengan SPRM

Jan 5, 2017
Gambar fail kredit Facebook Ismail Sabri Yaakob.
Gambar fail kredit Facebook Ismail Sabri Yaakob.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ketua setiausaha yang ditahan semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, menterinya Ismail Sabri Yaakob berkata KKLW akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewangan, menurut laporan Bernama.

Terdahulu, seorang ketua setiausaha kementerian bersama dua anak lelakinya direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Penahanan dibuat semalam di rumahnya yang terletak di USJ Subang Jaya, manakala kedua anaknya ditahan semasa mereka hadir ke ibu pejabat SPRM untuk merakam percakapan. – Bernama

SHARE