Kit Siang dan DAP tidak berani saman, sahut cabaran debat Tunku Abdul Aziz

Apr 14, 2017
Penasihat DAP Lim Kit Siang (kanan) tidak akan berani menyahut cabaran debat Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana bimbang lebih banyak tembelang DAP yang akan diketahui umum sekiranya beliau menyahut cabaran debat tersebut.

Naib Ketua Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata, beliau yakin bahawa penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak akan berani menyahut cabaran debat Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana bimbang lebih banyak tembelang DAP yang akan diketahui umum sekiranya beliau menyahut cabaran debat tersebut.

Ekoran itu menurut Jasmin yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Jelutong, Kit Siang hanya berdiam diri dan tidak membuat sebarang kenyataan berhubung cabaran debat bekas Naib Presiden DAP sehingga ke hari ini.

“Saya yakin Kit Siang takkan berani sahut cabaran debat Tunku Abdul Aziz sebab lebih banyak keburukkan serta agenda DAP yang akan terbongkar melalui debat tersebut.

“Kita semua sudah sedia maklum bahawa sebelum ini Tunku Abdul Aziz sudah pun membuat beberapa kenyataan berhubung isu rasuah dalam DAP, ideologi politik yang rasis dan cauvinis yang tumbuh mekar dalam parti tersebut, serta yang terbaru pakatan sulit Kit Siang dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

“Sebab itu kita lihat Kit Siang hari ini mengambil sikap berdiam diri. Langsung tidak berkutik dalam isu cabaran debat Tunku Abdul Aziz itu. Sudah lebih seminggu Tunku Abdul Aziz membuat cabaran tersebut, namun penasihat DAP itu langsung tidak berani buat kenyataan mahu atau tidak beliau menyahut cabaran berdebat.

“Sebelum ini, Kit Siang kata mahu saman Tunku Abdul Aziz berhubung kenyataannya yang mendakwa ada pakatan sulit antara beliau dengan Mahathir dalam isu siapa yang bakal dilantik menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya pakatan menang. Namun sehingga ke hari ini, bayang surat saman Kit Siang kepada Tunku Aziz pun kita tidak nampak,” jelasnya kepada Umno Online di Pulau Pinang hari ini.

Tambah Ismail lagi, sikap berdiam diri Kit Siang dalam soal cabaran debat Tunku Abdul Aziz itu secara tidak langsung seolah-olah membuktikan bahawa segala dakwaan beliau tentang rasuah, penyelewengan kuasa dan juga pakatan sulit antara Kit Siang dan Mahathir itu benar belaka.

“Sekiranya apa yang dikatakan oleh Tunku Abdul Aziz itu tidak benar, maka sudah pasti Kit Siang awal-awal lagi akan menyahut cabaran debat bekas Naib Presiden DAP itu dan tidak akan tunggu lama untuk menghantar surat saman kepada beliau.

“Tapi bila kita lihat sikap Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain menikus dan berdiam diri dengan cabaran dan dakwaan Tunku Abdul Aziz itu maka kita boileh simpulkan bahawa apa yang dikatakan oleh beliau itu benar belaka.

“Tambah lagi dengan reputasi parti tersebut yang seringkali mengeluarkan kenyataan dan dakwaan tanpa ada bukti kukuh dan lebih menjurus kepada fitnah dan tohmahan semata-mata.

“Jadi, kita memang sudah mengagak bahawa Kit Siang dan DAP tidak akan menyaman Tunku Abdul Aziz dan tidak akan mampu untuk berdepan dan berdebat dengan beliau,” ujarnya. – MediaUmno