Khalid Samad didenda RM2,900 mengajar tanpa tauliah

 |Jan 19, 2017
Khalid Samad di Mahkamah Sesyen Klang pagi tadi. - Gambar kredit Facebook Khalid Samad.
Khalid Samad di Mahkamah Sesyen Klang pagi tadi. – Gambar kredit Facebook Khalid Samad.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini selepas didapati bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, enam tahun lepas.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim turut memerintahkan Khalid, 60, yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Beliau bagaimanapun membayar denda tersebut.

Khalid didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Seri Sementa, antara 10 malam dan 11.50 malam pada 16 Ogos 2011, dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.