Kenakan tindakan tegas kepada pesara dan kakitangan awam yang memfitnah kerajaan

Jan 4, 2017
Kenyataan Azalina Othman Said yang dimuatnaik di laman Twitternya.
Kenyataan Azalina Othman Said yang dimuatnaik di laman Twitternya.

Penjawat awam atau bekas penjawat awam yang menggunakan posisi mereka untuk mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap kerajaan sepatutnya dikenakan tindakan yang tegas.

Ini merupakan saranan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said.

Menerusi muatnaik di laman Twitternya hari ini, ahli Parlimen Pengerang itu berkata ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham dari sumber tidak sah dan juga bagi mengelakkan salah tafsir.

“Tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana penjawat awam atau bekas penjawat awam yang menggunakan kedudukan mereka untuk membuat kenyataan atau berkelakuan yang boleh mendatangkan fitnah sekalilgus memberi persepsi buruk terhadap kerajaan hari ini,” katanya.

SHARE