Kemalangan di Pagoh: Balu pemandu bas terima bantuan Perkeso

 |Jan 4, 2017
Pengurus Perkeso Pulau Pinang, Shaharuddin Waled menyampaikan sumbangan kepada Miyareh atas kematian suaminya di Hospital Pulau Pinang.
Pengurus Perkeso Pulau Pinang, Shaharuddin Waled menyampaikan sumbangan kepada Miyareh atas kematian suaminya di Hospital Pulau Pinang.

Mungkin ramai diluar sana kurang faham dengan peranan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana ia tidak hanya melibatkan pihak swasta, malahan agensi kerajaan dan juga jabatan kerajaan pusat.

Menurut Pengurus Perkeso Pulau Pinang, Shaharuddin Waled, semua kakitangan kontrak dan berstatus sementara perlu diberi perlindungan Perkeso, sebaliknya ramai antara mereka tidak dicarum oleh majikan.

“Saya ingin jelaskan disini bahawa semua kakitangan awam yang berkerja secara kontrak dan berstatus sementara perlu ada caruman Perkeso.

Malangnya, pihak majikan juga kurang berpengetahuan mengenai hal ini dan jabatan kerajaan perlu datang sendiri ke pejabat Perkeso untuk keterangan lanjut. Ini kerana nanti kalau terjadi apa-apa, baru kakitangan ini akan sedar bahawa hak mereka untuk mendapatkan perlindungan dan pembayaran pampasan atau pencen tidak dapat dilaksanakan,” kata Shaharuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pencen kepada balu pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Pagoh, Johor pada 24 Disember lepas.

Dalam kejadian itu, pemandu Zakeer Zubir serta anak bongsunya, Nur Natahasha Zahara, 1 tahun serta 15 penumpang lain maut selepas bas yang berlepas dari Johor Baru yang dalam perjalanan ke Stesyen Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (BTS) terlibat dalam kemalangan di KM 137.7 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh.

Miyareh, isteri kepada pemandu bas Zakeer Zubir yang terkorban dalam nahas jalanraya melibatkan bas yang dipandunya, menerima bantuan pencen Perkeso kerana hilang pendapatan.

Shaharuddin Waled berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati balu kepada pemandu bas itu layak menerima bayaran pencen bernilai RM1300 sehingga anak sulungnya, Nur Cahaya Zulhaikka mencapai usia 21 tahun.

“Kita tampil menghulurkan pencen kerana pemandu ada caruman Perkeso dan bantuan ini akan diteruskan sehingga anaknya mencapai usia 21 tahun.Inilah kebaikkan sekiranya ada caruman Perkeso kerana walaupun jumlah pencen tidaklah seberapa besar, namun ia mampu meringankan sikit beban yang ditangung keluarga,“ kata Shaharuddin.

Dalam perkembangan berkata, beliau secara khusus menyeru semua ketua jabatan yang mempunyai kakitangan kontrak dan sementara memahami peranan dan perkhidmatan yang disumbangkan oleh Perkeso untuk kebaikan bersama.