Kemajuan lebih kukuh dicapai sejak kerugian Forex 25 tahun lepas, kata BNM

 |Jan 27, 2017
Gambar fail kredit propertyhunter.com.my.
Gambar fail kredit propertyhunter.com.my.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata institusi itu sudah mencapai kemajuan yang lebih kukuh, telus dan lebih bertanggungjawab sejak kerugian tukaran asing berlaku hampir 25 tahun lepas.

Bank pusat itu berkata demikian sebagai respon kepada laporan media mengenai kerugian tukaran asing dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini.

“Dalam persekitaran global yang mencabar dan tidak pasti pada masa ini, kita perlu memberikan tumpuan kepada usaha untuk memastikan sistem kewangan dan ekonomi negara kekal berdaya tahan dan terus stabil.

Akhbar itu memetik bekas penolong gabenor BNM Abdul Murad Khalid yang mendakwa Bank Pusat itu mengalami kerugian tukaran asing sebanyak US$10 bilion pada awal 1990-an. – Bernama

SHARE