Kartunis Datuk Lat dirawat di ICU, keadaan stabil

 |Jan 13, 2017
Gambar fail kredit Facebook The Cooler Lumpur Festival.
Gambar fail kredit Facebook The Cooler Lumpur Festival.

Kartunis tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di Ipoh, Perak dipercayai kerana masalah jantung.

Adik beliau, pengarah filem Mamat Khalid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Abang saya dimasukkan ke ICU pagi tadi dan keadaannya ketika ini stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini. – Bernama

SHARE