Janet Jackson selamat melahirkan bayi lelaki

Jan 4, 2017
Penyanyi terkenal Janet Jackson kini bergelar ibu. - Gambar fail kredit J Vettorino / Wikimedia Commons.
Penyanyi terkenal Janet Jackson kini bergelar ibu. – Gambar fail kredit J Vettorino / Wikimedia Commons.

Penyanyi antarabangsa Janet Jackson yang berusia 50 tahun selamat melahirkan anak pertamanya.

Jackson yang berkahwin dengan ahli perniagaan dari Qatar, Wissam Al Mana, melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Eissa Al Mana.

Menurut laporan BBC, pihak Jackson berkata penyanyi itu kini sedang berehat.

Pada bulan April tahun lalu, Jackson terpaksa membatalkan konsert ‘Unbreakable’ nya di atas sebab ‘terdapat perubahan yang tidak dijangka’.

Walaubagaimanapun penyanyi kelahiran Amerika itu tidak membuat sebarang pengumuman mengenai kandungannya.

Jackson yang telah memenangi anugerah Grammy sebanyak tujuh kali mendirikan rumahtangga bersama Wissam pada tahun 2012.

SHARE