Hans Isaac bakal akhiri zaman bujang

 |Feb 28, 2017
Gambar kredit Instagram @officialhlive.

Pelakon dan pengarah filem Hans Isaac bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 29 Julai ini.

Menerusi informasi yang dimuatnaik di laman Instagram H Live sebentar tadi, Hans, 46 difahamkan telahpun bertunang dengan bekas Miss Malaysia Tourism International 2012 Aileen Gabriella Robinson pada Januari lepas.

Perkara itu diumumkan Hans di satu sidang media hari ini, menurut video dimuat naik H Live.

Hans berkata sebelum ini beliau sering ditanya media berhubung soal mendirikan rumahtangga.

Pelakon yang dahulunya pernah dikaitkan dengan Deanna Yusof, Elaine Daly dan Neelofa, antara lain, mengakui mengelak untuk menjawab soalan itu sebelum ini.

Hans berkata majlis resepsi mereka akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Gabriella, 28, juga merupakan seorang pengacara dan guru tarian.