Garam di lengan ‘Saltbae’, lalu makan atau tidak?

 |Jan 30, 2017
Gambar paparan skrin dari video di Instagram @marioncaunter.
Gambar paparan skrin dari video di Instagram @marioncaunter.

Sebelum ini media sosial kecoh dengan kisah jejaka kacak dari Turki bernama Nusret Gökçe yang merupakan pemilik restoran terkenal dengan hidangan steak.

Semuanya bermula apabila video Nusret sedang memotong daging dan meletakkan garam di atas kepingan daging dengan gayanya tersendiri menjadi viral.

Malaysia juga tidak terkecuali melayari video viral Nusret yang kini dikenali dengan gelaran ‘saltbae’.

Terbaru, pengacara televisyen Marion Caunter telah mengunjungi restoran Nusret di Dubai.

Isteri kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza SM Nasarudin, Marion difahamkan berada di Dubai untuk percutian bersama keluarga.

Semalam, beliau memuat naik video aksi Nusret sedang memotong daging dan meletakkan garam dan menghidangkan kepada Marion dan keluarga yang menikmati makan malam di situ.

Video Marion telah ditonton lebih dari 85,000 kali dengan lebih dari 300 komen.

Dilihat, ada netizen yang kagum Marion berpeluang bertemu Nusret, namun terdapat juga yang mempersoalkan cara Nusret meletakkan garam di atas daging yang dipotong.

Sememangnya pakar di dalam bidang memotong daging, Nusret mempunyai caranya yang tersendiri apabila ingin menabur garam.

Dia akan mengangkat tangannya, dan membiarkan butiran garam jatuh di atas lengannya dahulu sebelum garam tersebut jatuh ke atas kepingan daging.

Ini yang menimbulkan persoalan kebersihan kepada sesetengan netizen.

Ada komen yang berkata, “Ntah2 dgn bulu2 sekali kena hidang hahahaha.”

“Sedap tak rasa garam lalu kat siku dia,” soal seorang lagi pengguna Instagram.

Seorang netizen berkata cara pemotongan daging Nusret adalah hebat tetapi apabila garam itu melalui bulu (di lengannya), ia tidak begitu hebat.

Walau apa pun, mungkin itu keunikan makanan hidangan Nusret dan berkemungkinan jejaka kacak itu sememangnya menjaga kebersihan lengannya sebelum melakukan aksi garamnya itu.