Gadis viral ‘King Coco’ kini sudah berkahwin

Jan 3, 2017
Gambar majlis pernikahan 'King Coco' yang dikongsi pengguna Instagram @fazulkafli.
Gambar majlis pernikahan ‘King Coco’ yang dikongsi pengguna Instagram @fazulkafli.

Bagi yang sering melayari media sosial, kemungkinan besar anda pernah melihat rangkaian video viral seorang gadis Melayu yang bertutur dengan pelat ‘mat saleh’.

Ekoran video gadis yang dikenali ramai dengan nama King Coco itu, laman Instagramnya kini mempunyai 261,000 pengikut.

Semasa cuti tahun baru 2017, media sosial digemparkan dengan beberapa keping gambar majlis pernikahan King Coco atau nama sebenarnya Marshairah Ismail.

Difahamkan Marshairah kini telahpun menjadi isteri kepada Azrin Anas.

Namun, gadis tersebut masih tidak berkongsi gambar perkahwinannya di laman Instagramnya sendiri mahupun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Antara gambar yang terdapat di laman sosial dikongsi oleh pengguna Instagram @fazulkafli yang turut mengucapkan tahniah kepada Marshairah di atas pernikahannya.

Berdasarkan tag lokasi, pernikahan tersebut dilihat berlangsung di Flora Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Bergelar ‘instafamous’, Marshairah sebelum ini turut dijemput menjadi tetamu di program Motif Viral terbitan Astro setelah videonya menjadi viral dan menjadi bualan netizen.

Berikut merupakan salah satu video Marshairah yang memaparkan kelainan gaya pertuturannya.

SHARE