Peminat drama Korea bantah Fattah Amin terajui ‘Coffee Prince’

 |Jul 13, 2017
Gambar kredit Instagram Fattah Amin.

KUALA LUMPUR: Nama pelakon Fattah Amin terus menjadi bualan hangat netizen selepas ada desas desus mengenai pemilihannya sebagai hero untuk drama Korea popular, Coffee Prince.

Pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya membantah pemilihan pelakon Hero Seorang Cinderela sebagai teraju utama drama yang popular 10 tahun lalu.

Ada netizen menganggap lakonan Fattah masih lagi ‘kayu’ dan tidak sesuai untuk drama tersebut.

Pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan tidak layak membawa watak Choi Han Kyul kerana lakonannya tidak sehebat Gong Yoo.

Dalam pada itu, mereka juga turut memberikan pendapat kepada pengarah Michael Ang untuk mencari pelakon lain yang lebih layak dan sesuai untuk memegang watak tersebut.

Drama sebanyak 28 episod ini akan memulakan pengambarannya pada 19 Julai ini dan bakal ditayangkan sekitar bulan November depan.

Bagi watak heroin iaitu Yoo Eun Hye yang dibintangi oleh Go Eun Chan dalam drama tersebut diberikan kepada pelakon Janna Nick.

Menerusi laman Instagram Janna dikatakan sanggup belajar seni   mempertahankan diri Muay Thai demi menjayakan watak tersebut biarpun dia hampir-hampir berputus asa. РMO