Doktor terlibat kes komplikasi sunat dirujuk kepada MMC

 |Jan 6, 2017
Gambar fail kredit Facebook Datuk Dr S Subramaniam.
Gambar fail kredit Facebook Datuk Dr S Subramaniam.

Kedua-dua doktor yang terlibat dalam insiden komplikasi sunat baru-baru ini telah dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk siasatan.

Perkara ini dimaklumkan Menteri Kesihatan Dr S. Subramaniam kepada pihak media, menurut laporan The Star Online.

Sekiranya kedua doktor tersebut didapati cuai, tindakan boleh dikenakan terhadap mereka, kata Subramaniam.

Menurutnya, keputusan untuk merujuk kes itu kepada MMC dibuat ketika mesyuarat pasca Kabinet pada hari Rabu.

Di dalam dua insiden berasingan bulan lepas, dua kanak-kanak lelaki terpaksa melalui detik cemas apabila prosedur sunat yang dilakukan mengakibatkan kemaluan mereka terpotong.

Kedua kes tersebut melibatkan klinik swasta.

Subramaniam juga berkata klinik-klinik terbabit akan diperiksa oleh kementerian untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai kemudahan mencukupi untuk melakukan prosedur sunat.

SHARE
Farah Harith has been in the media industry since 2008. Her field of work has been predominantly centred on politics and human interest. She joined the industry to have a better grasp on the issues plaguing the masses.