‘Datuk’ KSU dicekup SPRM

Jan 4, 2017
Gambar fail kredit Facebook SPRM
Gambar fail kredit Facebook SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan telah menahan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian kerana disyaki terlibat rasuah.

Berita Harian melaporkan bahawa penahanan terhadap KSU berpangkat ‘Datuk’ itu dilakukan di rumahnya di Subang Jaya pagi tadi.

Menurut laporan The Star Online, KSU yang berusia 59 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasanya sejak 2010 melalui amalan rasuah.

Setakat ini pihak SPRM belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan ini.

SHARE