‘Datuk’ direman lima hari dipercayai pecah amanah

 |Mar 30, 2017
Gambar fail kredit Facebook SPRM.

Seorang pengerusi agensi kerajaan pusat direman lima hari kerana dipercayai pecah amanah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saspek yang juga bergelar Datuk direman lima hari oleh Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Berusia 70 tahun, saspek tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di George Town, Pulau Pinang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan diriingi pegawai suruhanjaya tersebut.

Difahamkan, saspek ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes pecah amanah sebuah yayasan milik Bumiputera Pulau Pinang.

Saspek yang mempunyai jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di yayasan terbabit dipercayai menyalah guna kuasa dalam kes kehilangan jutaan ringgit dalam yayasan itu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SHARE
John Albert - MO correspondence.