Dahulu bertuala, hari ini katil dan ais krim pula

 |Jan 25, 2017
Gambar kredit Facebook Dato Jamal Md Yunos.
Gambar kredit Facebook Dato Jamal Md Yunos.

Jika sebelum ini kehadirannya di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor hanya dengan memakai tuala untuk memprotes masalah gangguan air, kali ini Jamal Md Yunos hadir dengan katil dan ais krim.

Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu membuat kejutan pagi tadi dengan membawa beberapa katil dan mengedarkan ais krim serta membawa kain rentang yang ditulis ‘Rumah Urut Selangorku’.

Jamal juga memakai baju T putih yang mempunyai tulisan ‘D.A.P (Dapat Aiskrim Percuma) Rumah Urut SelangorKu’.

Berdasarkan muatnaik di laman Facebook miliknya, Jamal kelihatan mengedarkan ais krim kepada mereka yang hadir. Tulisan di kotak ice-cream yang dipasang pada sebuat motorsikal ialah ‘Azmin Ice Cream Sekali rasa Pasti Nak Lagi’.

Menurut laporan Utusan Online, demonstrasi tersebut dianjurkan gabungan organisasi bukan kerajaan (NGO) sebagai membantah aktiviti rumah urut haram yang dikatakan semakin berleluasa di Selangor.

Jamal dilaporkan berkata dianggarkan terdapat kira-kira 4,000 premis rumah urut haram beroperasi di Selangor.

Jamal juga secara sinis mencadangkan program ‘Rumah Urut SelangorKu’ kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, dilihat sebagai tindakan menyindir inisiatif perumahan kerajaan negeri Selangor ‘Rumah Selangorku’.