Chuah Ghee Lye kini KP Pulau Pinang

Jan 6, 2017
Ketua Polis Pulau Pinang Chuah Ghee Lye.
Ketua Polis Pulau Pinang Chuah Ghee Lye.

Chuah Ghee Lye kini menggalas jawatan Ketua Polis Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman telah berkhidmat bersama PDRM hampir 40 tahun.

Chuah mengambil alih jawatan KP Pulau Pinang dari Abdul Ghafar Rajab, menurut laporan Utusan Online.

Abdul Ghafar pula akan memulakan tugas baharunya sebagai Pegarah Integriti dan Pematuhan Standard di Bukit Aman.