Chatime bertukar menjadi Tealive mulai esok

 |Feb 17, 2017
Gambar kredit Facebook Malaysia Retail Insight.
Gambar kredit Facebook Malaysia Retail Insight.

Chatime di Malaysia kini akan dikenali dengan nama ‘Tealive’.

Ini susulan masalah yang timbul di antara pemegang francais Chatime di Malaysia, Loob Holdings Sdn Bhd dan syarikat pemilik La Kaffa di Taiwan.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo berkata penjenamaan semula dilakukan di 161 cawangan Chatime di seluruh Malaysia.

Kesemua cawangan tersebut akan dikenali sebagai ‘Tealive’ secara rasminya bermula esok.

Bryan turut memaklumkan proses penjenamaan semula itu menelan belanja sebanyak RM10 jua.

Chatime mempunyai 165 cawangan di seluruh Malaysian, namun Bryan memberitahu hanya 161 akan beroperasi dengan nama ‘Tealive’ manakala empat lagi cawangan tidak melalui proses penjenamaan semula.

“Kami juga merancang untuk menambah bilangan cawangan dari 165 ke 250 menjelang tahun 2018 dan juga meningkatkan jumlah pelanggan dari 2.5 juta sebulan ke 5 juta,” Bryan dipetik berkata oleh Bernama.