Bekas KSU kementerian, anak mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

 |Feb 21, 2017
Gambar fail kredit Facebook Mohd Arif Ab Rahman.
Gambar fail kredit Facebook Mohd Arif Ab Rahman.

Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan rasuah bernilai RM550,000.

Mohd Arif, 60, dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, masing-masing menghadapi tuduhan bersubahat dan menerima suapan membabitkan nilai RM550,000 berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sandakan, Sabah tahun lepas.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes. – Bernama