Bahana kenalan Wechat, remaja perempuan dipercayai dirogol

 |Aug 3, 2017

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 15 dipercayai dirogol seorang lelaki yang baru dikenali menerusi aplikasi WeChat di sebuah rumah di Taman Cheras Prima Kajang, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu mengajak mangsa ke rumah bapa saudaranya untuk makan malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, apabila sampai di rumah tersebut, bapa saudara suspek tiada di rumah dan suspek bertindak merogol mangsa.

“Kami menerima laporan pada Selasa lalu dan mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan dan mendapti terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian tersebut, penganggur berusia 19 tahun ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – MO

SHARE