Bagan Datuk diisytihar daerah ke-12 Perak

Jan 9, 2017
Majlis pengisytiharan daerah Bagan Datuk. - Gambar kredit Instagram @nurulzahid.
Majlis pengisytiharan daerah Bagan Datuk. – Gambar kredit Instagram @nurulzahid.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah ke-12 negeri itu.

Dengan perisytiharan itu, ejaan Bagan Datoh turut dengan rasminya ditukar kepada Bagan Datuk.

Majlis pengisytiharan itu berlangsung di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk dengan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan anggota Parlimen kawasan itu, serta Menteri Besar Perak Zambry Abd Kadir dan Exco kerajaan negeri.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 15,000 warga Bagan Datuk.

SHARE