Babak DAP165 dipotong: Keputusan yang betul elak kontroversi, kata Loke

 |Aug 8, 2017
Foto MO Azrol Ali.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan babak yang dikatakan menghina DAP dipotong daripada filem Malay Regiment adalah tindakan bijak bagi mengelakkan kontroversi.

“Saya berterima kasih dengan Menteri kerana membuang babak tersebut kerana percaya ia memberi gambaran tidak elok mengenai kami (DAP) dalam filem itu.

“Sudah tentu kita tahu apa yang mereka mahu potretkan iaitu dengan cara yang buruk dalam filem tersebut dan keputusan Menteri itu adalah betul,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pameran Merdeka: Unity & Diversity di Balai Seni Negara di sini.

Beliau menjelaskan babak tersebut dilihat tidak meletakkan DAP di tempat yang positif sekaligus boleh mengundang kontroversi.

Babak yang dimaksudkan memaparkan sebuah kenderaan yang mempunyai nombor plat DAP165, dan didakwa menggambarkan perkataan DAPigs.

Malay Regiment diinspirasikan daripada kisah benar apabila 11 askar tanah air terkorban pada tahun 1976 apabila helikopter mereka ditembak jatuh pengganas Komunis.

Filem itu memaparkan kehidupan tiga orang cucu mangsa cuba menyingkap kembali kisah berkaitan datuk-datuk mereka yang terkorban demi negara. – MO

 

SHARE
Farah Harith has been in the media industry since 2008. Her field of work has been predominantly centred on politics and human interest. She joined the industry to have a better grasp on the issues plaguing the masses.