Ary Malik meninggal dunia

 |Feb 28, 2017

Pelakon Ary Malik menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.17 malam tadi setelah hampir setahun menghidap kanser ovari.

Pemergian beliau disahkan oleh pelakon dan pengarah Shahriza Mahmud di Facebook.

Sebelum itu, viral di laman media sosial bahawa Ary meninggal siang tadi namun Shahriza tampil menafikan maklumat palsu itu pada jam 3.32 petang.

Pihak media awal minggu ini melaporkan bahawa Ary dimasukkan ke Hospital Ampang, dan dimaklumkan kanser ovari dihidapinya berada di tahap empat.

Suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin memberitahu mStar Online bahawa Ary dikesan menghidap kanser ovari Mei tahun lepas dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

Ary, atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik pernah mengikuti rancangan MasterChef Malaysia pada tahun 2012 sebagai peserta.

Berusia 46 tahun, Ary mempunyai tiga anak bersama Shahrul Nizam; Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Antara drama lakonan Ary yang menaikkan namanya di dalam industri hiburan Malaysia ialah Kolej sekitar tahun 90an.