Annuar Musa tiba di ibu pejabat Mara

 |Apr 25, 2017
Gambar fail kredit Facebook Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa tiba di ibu pejabat Mara di Kuala Lumpur pagi ini, lapor Star Online.

Beliau hadir untuk memberi kenyataan terhadap dakwaan penyalahgunaan dana dan kuasa yang juga melibatkan tajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Menurut Star Online, Annuar hanya akan memberikan kenyataan kepada media setelah selesai proses soal siasat.

Terdahulu, pemangku pengerusi Mara Yusof Yacob berkata Annuar akan dipanggil jawatankuasa audit dalaman Mara untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan tersebut.

Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi Mara sebelum ini apabila diminta bercuti sementara siasatan terhadap dakwaan yang timbul dijalankan.

SHARE