‘Anjang Aki’ masuk hospital

 |Jan 26, 2017
Gambar kredit Facebook Zack Kool.
Gambar kredit Facebook Zack Kool.

Pelakon veteran Baharuddin Omar kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju.

Isterinya Nazariah Abu Bakar memberitahu Utusan Online bahawa dia membawa suaminya ke hospital tersebut Selasa lalu selepas beliau terjatuh di rumah mereka sebanyak dua kali.

Nazariah berkata Baharuddin terjatuh akibat hilang keseimbangan dan memaklumkan doktor masih menjalani proses diagnosis.

Pelakon itu yang lebih dikenali dengan panggilan Anjang Aki berada di dalam keadaan stabil dan sedarkan diri, menurut isterinya.

Berusia 80 tahun, Baharuddin dahulunya dikenali menerusi drama televisyen Tanah Pusaka, Anjang Aki, Perajurit Pulang dan banyak lagi.

Difahamkan juga, Pengerui serta Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah melawat Baharuddin di hospital.

Turut serta ialah Presiden Seniman Rozaidi Jamil serta timbalannya Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Zack Kool.

Zack Kool turut berkongsi beberapa gambar semasa lawatan tersebut di laman Facebook miliknya.

SHARE