Ahli DAP hina Sultan Johor: Polis serah kertas siasatan kepada Peguam Negara

 |Jan 4, 2017
M. Satees (kanan) dikatakan telah menghina Sultan Johor di dalam satu muatnaik status di Facebook.
M. Satees (kanan) dikatakan telah menghina Sultan Johor di dalam satu muatnaik status di Facebook.

Siasatan polis terhadap ahli majlis perbandaran DAP M. Satees yang didakwa menghina Sultan Johor di laman Facebook pada 3 November, 2016 telah selesai.

Menurut sumber, polis telahpun menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara.

“Sekarang kami menunggu arahan dari pejabat Peguam Negara samada Satees akan didakwa atau tidak,” kata sumber tersebut.

Di dalam muatnaik status di laman Facebook pada November lepas, Satees yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dikatakan menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai titah baginda yang mengharamkan demonstrasi jalanan di Johor.

Namun, Satees kemudiannya dikatakan telah memadam muatnaik tersebut setelah beberapa pengguna Facebook lain didapati tidak senang dengan apa yang telah diperkatakannya.

Tiga hari selepas itu, Satees yang juga merupakan setiausaha kawasan parlimen DAP Batu Kawan mendakwa status tersebut merupakan pandangan peribadinya dan tidak melibatkan DAP.

Satees juga telah memohon maaf atas muatnaik statusnya itu.

WhatsApp-Image-2016-11-06-at-16.00.37

Artikel berkaitan:

DAP councillor slammed Sultan of Johor
DAP councillor rapped over “seditious” posting against Sultan of Johor
DAP councillor apologises over his “seditious” remarks against Sultan of Johor
Sack Satees from the council – MIC man tells CM Guan Eng
Bukit Aman police record statement from DAP councillor
Satees arrives at Bukit Aman

SHARE
Murali is a contributor to MO. He advocates the principle of practising human rights with responsibility.